::Yang biasa dan LUAR biasa::
Bekerja dalam kumpulan dalam aktiviti sebegini memang ramai orang dah biasa. Yang luar biasanya ialah, bila kawan-kawan dalam kelompok tersebut merupakan insan yang kita baru kenal.
Erm, bila bekerja dalam kumpulan begini, rasa sungguh lainnya. Yelah, semua kami dah ada pengalaman masing-masing. Semua nak bagi pendapat. Jadi, kenalah banyak berbincang serta tolak ansur.
Dalam pemerhatian saya, bila kita ni makin dewasa, hal nak bagi idea satu hal (rebut-rebut), dan lagi satu hal makan hatinya pun banyak. Haha..biasalah, kecik hati, tak puas hati. Macam-macam hal orang dewasa ni yek.
Yang saya cuba ikhtiarkan ialah pesanan pensyarah yang ada iaitu :
"Buang semua ego, jadilah pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu. Pengalaman lepas adalah panduan, dan jangan malu nak perbanyakkan ilmu dan panduan baru"
Ia..betul sangat tu. Dan, itu yang sukar jugak nak dilaksana oleh kebanyakan kita
::Along Sakinah::
Sebelum ke program, saya dah siapkan skrip untuk malam kebudayaan. Malang dan untung juga, saya dipilih untuk jadi watak utama. Mak aih..
Nak ke tak nak, saya tahu inilah masa untuk jadi lebih berani. Dengan perwatakan gadis sekolah yang kurang upaya bernama Sakinah, watak itu saya jayakan sebaiknya.
Komen juri? Haha..jangan ceritalah. Teruk skrip saya kena komen, tapi hakim masih pilih kumpulan saya untuk tempat kedua. Alhamdulillah
Nak ke tak nak, saya tahu inilah masa untuk jadi lebih berani. Dengan perwatakan gadis sekolah yang kurang upaya bernama Sakinah, watak itu saya jayakan sebaiknya.
Komen juri? Haha..jangan ceritalah. Teruk skrip saya kena komen, tapi hakim masih pilih kumpulan saya untuk tempat kedua. Alhamdulillah
::Ruang dan peluang::
Bila dapat berprogram peluang begini, saya rasa cukuplah bersyukur malah teruja. Serasa impian saya direalitikan. Bukan senang dapat peluang berenang di laut (diajar berenang), malah dapat ber'snorkeling' pulak
[Allah, pengalaman ini dah lama saya impikan]
[Allah, pengalaman ini dah lama saya impikan]
Kami diajar berenang (water confident). Nun sampai ketengah laut juga saya dan rakan-rakan kena berenang. Mujur ada B.A (safety jacket). Lalu, saya dengan keyakinan yang makin bertambah, jadi galak melihat ikan-ikan berenang bersama.
'Leading' kayak kumpulan pun sesuatu yang mencabar. Rakit kami dari PVC dan tiub tayar tu diikat oleh tali yang macam tak berapa nak kuat je. Haha.
Namun, Alhamdulillah, disebabkan provokasi dari pensyarah, kami jadi lebih teliti dan bersungguh-sungguh mengikat rakit. Takut tak dengar ni:
"Kalau tak kuat kamu ikat rakit tu, hah..berenanglah ramai-ramai kat laut. Terlerai rakit kamu, kami ni pandang aje" - pensyarah
--------------------------
p/s: Sempat karang lagu di tengah hutan untuk persembahan kumpulan..ahai ;)
2 comments:
Fahmi MahatBest gi pangkor kan? snorkelling la paling best.
bkayak ke pulau tengah tu pun best gak :D
fahmi pergi ke sana waktu belajar di maahad hari tu, ustaz quraan yang ajak :)
teruskan update citer pengembaraan Sang Sifu~ ;)
take care...=)
Post a Comment